MISI KRK : Membangunkan Kecemerlangan Sahsiah, Akademik dan Kokurikulum Individu Melalui Pendidikan Berkualiti
SEJARAH KRK SMKDE : • KRK SMK Darul Ehsan mula dibuka pada tahun 2005 dengan pengambilan pelajar seramai 34 orang (tingkatan 1)
• Pada tahun 2007, pengambilan pelajar KRK semakin bertambah atas permintaan ibu bapa dari kawasan sekitar. Sebanyak 2 kelas RK telah dibuka bagi menempatkan pelajar tingkatan 1
• Pada tahun 2008,2009 dan 2010, 2 kelas tingkatan 1 telah dibuka. Jumlah pelajar KRK (Tingkatan 1,2,3) pada tahun 2010 adalah seramai 140 orang (6 buah kelas)
• Pada tahun 2011, KRK mempunyai 5 buah kelas iaitu sebuah kelas untuk tingkatan 1, 2 buah kelas untuk tingkatan 2 & 3. Jumlah pelajar pada tahun 2011 adalah seramai 126 orang (tingkatan 1,2,3)
• Pada tahun 2012, hanya tingkatan 3 sahaja yang mempunyai 2 buah kelas dan tingkatan 2, 3 masing-masing mempunyai 1 kelas. Jumlah pelajar pada tahun ini ialah 102 orang.